top of page

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

 

MH Business Solutions Enterprise ( No Pendaftaran SA0187719 )  merupakan sebuah perusahaan yang menjalankan aktiviti menghasilkan dan memasarkan produk makanan sejuk beku. Produk keluaran kami pada dasarnya melibatkan makanan tradisi melayu seperti otak-otak, sata dan pati santan kelapa. Kami memiliki sebuah kilang makanan yang beroperasi di Subang Mas, Selangor. Kilang ini beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

 

Perniagaan kami banyak tertumpu kepada pengedaran , penjualan serta menjadi pembekal kepada pengguna domestik terutamanya kepada peniaga-peniaga makanan. Atas keperihatinan kami terhadap seruan Kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan maka kami telah merangka peluang serta strategik perniagaan kepada mereka yang berminat mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan bagi menaikan taraf ekonomi. Diantara produk makanan sejuk beku keluaran kami adalah otak-otak, sata dan pati santan kelapa.

SEJARAH PERNIAGAAN

 

Perniagaan ini mula didaftarkan pada tahun 2007 yang berpusat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Setelah hampir 6 tahun lebih menjalankan perniagaan di situ kami berpindah ke Taman Subang Mas di Subang Jaya sehinggalah ke hari ini. Syarikat ini menjadi pembekal produk makanan sejuk beku kepada, sekolah-sekolah dan kedai-kedai makan yang berada di sekitar Selangor.   

 

Seiring dengan kemajuan ICT di negara ini MHBSE sedang berusaha untuk mengembangkan aktiviti perniagaan melalui media masa seperti laman social seperti facebook dll untuk mempromosikan produk kami. Melalui media ini para pelanggan boleh berinteraksi dengan kami secara atas talian (online). Di sini pelanggan boleh mengajukan soalan, kritikan, cadangan, aduan atau memohon sebut harga melalui laman ini. Segala maklumat berkaitan  produk kami akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

Kami memberi komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik dan profesional. KEPUASAN PELANGGAN ADALAH MATLAMAT UTAMA KAMI

KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, kami akan terus berusaha dan amat yakin perniagaan yang telah kami jalankan ini mampu melonjakkan nama MH untuk mendapat tempat yang terbaik didalam pasaran negara terutama disekitar lembah klang. Dengan adanya sokongan pelanggan lama dan baru kami diharapkan MH akan terus berkembang ke seluruh negeri di Malaysia dan seterunya berjaya menebusi permintaan luar negara.

bottom of page